Dikuasakan oleh Blogger.
RSS
Container Icon

Sajak : Hari Guru

Maksud Sajak
Rangkap 1
Pada Hari Guru, seseorang pasti akan teringat akan jasa guru iaitu golongan yang memikul amanah mendidik anak bangsa. Guru berbakti dan menggalas harapan semua orang.

Rangkap 2
Di samping itu, pada Hari Guru, para guru sendiri pasti terfikir tentang sumbangan mereka sama ada telah menaburkan bakti dengan penuh semangat atau mereka gagal melakukannya kerana halangan yang tertentu.

Rangkap 3
Guru amat berbakti dan jasa guru hendaklah dikenang.

Tema
Jasa guru wajar dikenang kerana sentiasa menabur bakti kepada anak bangsa.

Nada 
Patriotik

Persoalan
  1. Kerajinan dan sikap bertanggungjawab para guru.
  2. Jasa guru wajar dikenang.
  3. Azam yang kuat akan membuahkan kejayaan.
  4. Jangan patah semangat dalam perjuangan.

Bentuk
  1. Bebas.
  2. Terdiri daripada tiga rangkap.
  3. Bilangan katanya satu hingga lima patah kata sebaris.
  4. Terdiri daripada empat hingga sebelas suku kata sebaris.

Gaya Bahasa
  1. Asonansi - ataukah langkah kita (pengulangan vokal a)
  2. Aliterasi - memikul misi murni (pengulangan konsonan m)
  3. Anafora - pengulangan kata ada di awal baris rangkap ketiga.
  4. Metafora - duri-duri duga, tunas bangsa, tiang azam, perdu semangat.

Nilai 
  1. Keazaman yang kuat
  2. Kegigihan
  3. Ketekunan
  4. Mengenang jasa

Pengajaran
  1. Kita hendaklah mengenang jasa para guru terhadap kita.
  2. Guru hendaklah berbakti dengan penuh rasa tanggungjawab.
  3. Kita hendaklah sentiasa menghormati guru.
  4. Kita hendaklah berani menghadapi dugaan hidup.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sajak : Persahabatan

Tema
Perpaduan antara kaum sebagai teras untuk mencapai perpaduan dan hidup aman di Malaysia.

Nada
Romantis

Persoalan
  1. Persoalan keseronokan bermain semasa zaman kanak-kanak.
  2. Persoalan anak-anak kecil tidak mengenal erti perkauman.
  3. Persoalan pemupukan perpaduan yang perlu disemai sejak kecil.
  4. Persoalan perpaduan yang dapat menjamin keamanan.

Bentuk
  1. Bebas
  2. Terdiri daripada empat rangkap
  3. Bilangan katanya dua hingga lima patah kata sebaris
  4. Terdiri daripada lima hingga lima belas suku kata sebaris

Gaya Bahasa
  1. Repitisi - pengulangan ayat Seorang kanak-kanak pada baris pertama rangkap 1, 2 dan 3.
  2. Simile - bagai digamit bermain bersama
  3. Asonansi - berkejar-kejaran tanpa halangan (pengulangan vokal a)
  4. Aliterasi - bermain-main riang, bermain-main keseorangan (pengulangan konsonan n)

Nilai
  1. Kasih sayang
  2. Hormat menghormati

Pengajaran
  1. Kita hendaklah bersatu padu demi kesejahteraan negara kita.
  2. Kita wajar melatih anak-anak agar berbaik-baik dengan semua bangsa dan kaum.
  3. Kita hendaklah bergaul mesra dengan pelbagai kaum untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hikayat Seri Kelantan

Tema
Keistimewaan seorang puteri raja yang memiliki keistimewaan luar biasa.

Persoalan
  1. Mengambil hak orang lain – Raja Siam sanggup menggunakan kekerasan untuk mengambil hak orang lain iaitu Puteri Sa’dung walaupun Tuan Puteri sudah bersuami.
  2. Kasih sayang antara suami dan isteri – Sultan Abdullah dan Puteri Sa’dung sayang antara satu sama lain dan berasa sangat sedih ketika hendak berpisah.
  3. Taat setia kepada raja – Rakyat Siam sangat taat kepada rajanya dengan menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung walaupun hanya untuk merampas Tuan Puteri Sa’dung daripada Sultan Abdullah.

Watak dan Perwatakan

Tuan Puteri Sa’dung
  1. Anak perempuan Raja Jembal.
  2. Dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang.
  3. Baginda mempunyai rupa paras yang terlalu cantik sehinggakan Raja Siam ingin memilikinya walaupun sudah berkahwin. 
  4. Baginda memiliki kesaktian yang luar biasa kerana dapat memindahkan seluruh Kota Jelasin ke dalam hutan.

 Sultan Abdullah
  1. Anak Raja Jembal.  
  2. Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dan memerintah Kota Jelasin. 
  3. Baginda sayang akan isterinya. Hal ini terbukti apabila baginda sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan isterinya.  
  4. Baginda juga seorang yang sanggup berkorban apabila sanggup menyerahkan isterinya kepada raja Siam demi keselamatan negeri dan rakyatnya.

 Latar Masa
  1. 40 hari 40 malam
  2. Waktu malam 
  3. Waktu siang

Latar Tempat
  1. Negeri Kelantan Purba 
  2. Kota Jelasin 
  3. Gunung Ayam 
  4. Perahu jong 
  5. Cerang Bahana

Latar Masyarakat
  1. Masyarakat feudal. 
  2. Masyarakat yang penyayang. 
  3. Masyarakat yang setia kepada raja. 
  4. Masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara. 
  5. Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.

Gaya Bahasa
  1. Bahasa Istana – sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda. 
  2. Bahasa Melayu Klasik – jemelah, suak, cerang, cetera. 
  3. Bahasa Arab – mustaib, Allah subhanahu wa taala. 
  4. Dialek Kelantan – beroyat 
  5. Kata pangkal ayat – maka, alkisah, hatta, sebermula

Nilai 
  1. Kasih sayang 
  2. Taat setia 
  3. Bertolak ansur 
  4. Keberanian 
  5. Cinta akan tanah air (patriotik)

Pengajaran
  1. Kita hendaklah taat setia kepada raja. 
  2. Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 
  3. Kita hendaklah bersatu padu dalam menjaga kedaulatan negara. 
  4. Janganlah kita mengambil hak orang lain. 
  5. Kita hendaklah berunding secara damai untuk mendapatkan sesuatu.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sajak : Keusangan Budaya

Maksud Sajak
Rangkap 1 :
Sajak ini menggambarkan sikap gadis-gadis pada zaman dahulu yang duduk bersopan santun dan memakai pakaian tradisional Melayu.

Rangkap 2 :
Pemuda-pemuda pada masa dahulu pula amat rajin bekerja. Mereka juga tetap mempertahankan nilai-nilai warisan bangsa.

Rangkap 3 :
Kini keadaan sudah berubah. Gadis dan pemuda tidak lagi menitikberatkan budaya Melayu. Yang ada cuma anak-anak muda yang kurang bersemangat dan tidak produktif.

Rangkap 4 :
Pemuda dan pemudi lebih menggemari budaya Barat hingga menyebabkan muzik dan pakaian tradisional semakin terpinggir.

Rangkap 5 :
Generasi emas berasa sedih kerana budaya kita semakin dilupakan oleh generasi muda.

Tema 
Peranan golongan muda dalam mempertahankan adat dan budaya Melayu.

Nada
Melankolik

Persoalan
  1. Persoalan keindahan budaya Melayu yang perlu dipertahankan.
  2. Persoalan pengaruh budaya asing ke dalam budaya Melayu.
  3. Persoalan kecenderungan anak-anak muda terhadap budaya asing selain melupakan budaya sendiri.
  4. Persoalan harapan golongan tua agar budaya warisan terus dipertahankan.
 
 Bentuk
  1. Berbentuk bebas.
  2. Terdiri daripada lima rangkap.
  3. Bilangan katanya satu hingga lima kata sebaris.
  4. Terdiri daripada empat hingga tiga belas suku kata sebaris.

Gaya Bahasa
  1. Anafora - pengulangan kata tiada dan tubuh-tubuh
  2. Personafikasi - irama gamat menodai kedamaian; batik muram disisihkan
  3. Inversi - tiada lagi sang dara ayu
 
Nilai
  1. Kesopanan
  2. Kerajinan
  3. Bertanggungjawab
  4. Penghargaan

Pengajaran 
  1. Golongan muda hendaklah mengekalkan warisan pakaian tradisional kita.
  2. Golongan muda janganlah mudah terpengaruh dengan budaya asing.
  3. Kta mestilah mempunyai jati diri yang kuat.
  4. Golongan muda perlulah rajin berusaha.
  5. Kita perlulah menjaga perasaan golongan tua.
  6. Generasi muda perlulah memperlajari seni warisan lama.
  7. Untuk menjadi bangsa yang disegani, kita perlulah mencintai warisan budaya bangsa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sajak : Kata-Kata


Maksud Sajak

Rangkap 1 :
Kita perlulah mempertahankan diri dengan menggunakan kebijaksanaan berhujah sekiranya dikata orang.

Rangkap 2 :
Apabila diherdik, jangan berdiam dir sebaliknya berusaha untuk mempertahankan diri.

Rangkap 3 :
Martabat bangsa dan kedaulatan negaradapat dipertahankan dengan menggunakan kebijaksanaan berhujah dan berfikir.

Rangkap 4 :
Kemerdekaan yang kita kecapi hasil kebijaksanaan para pemimpin berhujah dan berunding. Negara kita mencapai kemerdekaan bukannya melalui pertumpahan darah.

Rangkap 5 :
Generasi muda perlu menggunakan kebijaksanaan berhujah jika menginginkan kehidupan mereka lebih terjamin.

Tema
Maruah dan jati diri yang perlu dipertaruhkan dengan kebijaksanaan kata-kata.

Nada 
Patriotik

Persoalan
  1. Persoalan kebijaksanaan berhujah yang amat diperlukan agar tidak mudah ditewaskan musuh.
  2. Persoalan kemerdekaan yang diperoleh menerusi perundingan.
  3. Persoalan kebijaksanaan berhujah yang mampu mengangkat martabat bangsa dan negara.
  4. Persoalan keberanian berdebat secara bijak.

Bentuk 
  1. Berbentuk bebas.
  2. Terdiri daripada 5 rangkap.
  3. Ada dua hingga lima patah kata sebaris.
  4. Ada empat hingga lima belas suku kata sebaris.

Gaya Bahasa
  1. Anafora - pengulangan kata kita pada baris 1 dan 2 serta pada rangkap 4.
  2. Epifora - pengulangan kata kita pada baris 1 dan 2 serta pada rangkap 3.
  3. Sinkope - tak

 Nilai 
  1. Keberanian
  2. Kebijaksanaan
  3. Kegigihan
  4. Patriotisme
  5. Tanggungjawab

 Pengajaran
  1. Kita hendaklah bijak dan berani mempertahankan hujah.
  2. Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri dan negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syair Li-Attar Ghib

MAKSUD SYAIR
 

Rangkap 1
Kasih sayang antara adik-beradik yang utuh. Mereka mengembara bersama-sama dan berpakat dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.


Rangkap 2

Atas kehendak Tuhan, dua orang adik-beradik itu telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apapun yang dapat dilakukan kerana hal tersebut merupakan kehendak Tuhan Yang Esa.



Rangkap 3

Setiap hamba perlu bersabar ketika menerima ketentuan atau takdir Tuhan walaupun hakikatnya sukar untuk dihadapi.



Rangkap 4

Setiap insan di muka bumi, biar apa-apapun pangkat atau darjatnya, pasti akan menghadapi kematian.



Rangkap 5

Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan.



Rangkap 6

Kebajikan rakyat jelata haruslah diambil berat sementara keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa sebarang kesusahan.



Rangkap 7

Manusia hendaklah memuliaka ilmu yang benar kerana ilmu mengangkat kedudukan para nabi. Ilmu yang dituntut itu pula perlu diamalkan agar tidak menjadi sia-sia.

Rangkap 8

Penyair mengingatkan semua orang supaya mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapi kematian kelak.


TEMA 

Mengambil iktibar daripada kematian.


PERSOALAN

  1. Kematian tidak dapat dielakkan.
  2. Kepentingan menuntut ilmu.
  3. Keinsafan dalam menghadapi kematian.

BENTUK 


  1. Bentuknya terikat.
  2. Terdiri daripada 8 rangkap.
  3. Berisi 4 baris serangkap.
  4. Semua baris mempunyai maksud yang hendak disampaikan.
  5. Bilangan kata - 3 hingga 6 kata sebaris.
  6. Bilangan suku kata - 9 hingga 14 suku kata sebaris.
  7. Rima akhir aaaa.    

GAYA BAHASA 

  1. Bahasa Arab - Wahid al-Khahar, anbia, Jabbar, Saadah
  2. Repitisi - Segala pekerjaan segala perkara.
  3. Asonansi - Hendak disusahkan tiada berdaya
  4. Aliterasi - Meninggalkan dunia juga yang tentu

NILAI


  1. Keinsafan
  2. Kerajinan
  3. Kesabaran
PENGAJARAN

  1. Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian.
  2. Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu demi kepentingan hidup di dunia dan di akhirat.
  3. Kita perlulah bersabar apabila menerima segala dugaan dan ujian daripada Tuhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syair Berbuat Jasa

MAKSUD SYAIR
 
Rangkap 1
Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa mereka tetap akan dikenang walaupun mereka sudah tiada.




Rangkap 2

Penyair mengajak kita supaya berbuat jasa dan berserah kepada Tuhan kerana setiap jasa yang kita curahkan akan menerima balasan di akhirat kelak.



Rangkap 3

Penyair mengingatkan kita supaya tidak mensia-siakan kehidupan sebaliknya berbuat jasa kerana jasa yang kita tinggalkan akan dikenang selama-lamanya.



Rangkap 4

Penyair menyeru kita agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan daripada jasa kita itu dapat memberikan manfaat kepada orang lain.



Rangkap 5

Penyair menegah kita mengharapkan balasan dan pujian daripada jasa yang kita berikan kerana hanya akan menimbulkan perasaan tamak dalam diri.



Rangkap 6

Penyair sekali lagi mengingatkan kita supaya tidak mengharapkan balasan dan penghormatan sebaliknya memadailah jasa yang kita curahkan itu dapat dimanfaatkan.



Rangkap 7

Penyair mengajak kita supaya sentiasa berbuat baik walaupun perbuatan kita itu tidak diketahui kerana Tuhan lebih mengetahui perbuatan kita itu.


TEMA 

Kepentingan berbuat jasa kepada sesiapa sahaja.




PERSOALAN

  1. Keikhlasan dalam melakukan pengorbanan.
  2. Berhati-hati ketika menerima pujian.
  3. Budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya.

BENTUK 


  1. Bentuknya terikat.
  2. Terdiri daripada 7 rangkap.
  3. Berisi 4 baris serangkap.
  4. Semua baris mempunyai maksud yang hendak disampaikan.
  5. Bilangan kata - 3 hingga 6 kata sebaris.
  6. Bilanga suku kata - 9 hingga 12 suku kata sebaris.
  7. Rima akhir aaaa.    
GAYA BAHASA 

  1. Sinkope - tak, mu
  2. Repitisi - Jangan mengata jangan mengeji
  3. Asonansi - Hidup berbakti memberi cahaya
  4. Aliterasi - Tuhan tahu iakah bukan

NILAI


  1. Keikhlasan
  2. Mengenang jasa
  3. Rasional
  
PENGAJARAN

  1. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  2. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita agar hubungan yang terjalin akan berkekalan.
  3. Kita hendaklah bersikap rasional dengan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum mengambil sebarang tindakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Langkah-Langkah Menjaga Kesihatan

 

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Contoh Karangan :



Setiap insan yang hidup di dunia ini menginginkan badan yang sihat dan cergas. Tubuh yang sihat membolehkan kita melakukan pelbagai pekerjaan. Ada berbagai-bagai cara untuk menjaga kesihatan.

Langkah paling efisien adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Kita perlu melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau dalam pemakanan. Oleh itu, kita akan kekal sihat.

Beriadah turut membolehkan kita kekal sihat. Hal ini berikutan, ketika beriadah tubuh badan akan membakar lemak yang berlebihan dalam tubuh. Penyakit berbahaya akibat obesiti dapat dielakkan.

Selain itu, rehat yang mencukupi juga amat perlu dalam mengekalkan kesihatan. Rehat yang dimaksudkan ialah tidur secukupnya iaitu antara enam hingga lapan jam sehari.

Izharnya, setiap individu tidak boleh mengambil ringan aspek kesihatan. Jika kita berpenyakit, kos rawatan adalah tinggi. Oleh itu, amalkanlah peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati.
  
(125 patah perkataan)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS